Thursday, 21 July 2011

kEseMpuRnAaN yG dikEjaR ?

Think about this...
Jika kamu memancing ikan….Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPANkepada seseorang…Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL
A simple post to anyone who is feeling that they are so perfect!

Sebenarnya semua orang perlu sedar tentang sempurna itu sekadar idaman dan bukannya pencapaian.Belajarlah untuk menjadi sempurna tetapi jangan terlalu mengejar kesempurnaan hingga tercicir yang sebenarnya menyempurnakan hidup kita. Well, kita selalu mengenang sesuatu apabila ia tiada dan sangat sukar menghargainya ketika ia masih ada bersama kita baik dalam apa jua perbuatan dan tindakan dalam hidup kita.
Apa yang penting kita cepat sedar dan mengorak langkah untuk menyayangi dan menghargai sesuatu yang kita ada dalam mengejar impian yang diidamkan.Jangan sampai kita terleka..Usah seperti kata peribahasa melayu, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”
Sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna..