
Assalamualaikum.. hari nie kite cecite pasal cinta plak.. haha.. Ye, setiap insan atas muka bumi ini di anugerahkan dengan fitrah perasaan sayang terhadap sesuatu.. dan bagi manusia Allah memberikan kasih sayang sesama manusia samada berlawanan jantina mahupun sesama jantina(adik beradik atau kawan)
.. Perasaan sayang sukar kita nak rungkaikan, sebab macam2 boleh rasa..

Tapi cinta?… macam nak cakap?.. sukar kan?.. mesti ada diantara pembaca2 Cite Je yang kadang kala sukar nak buat keputusan samada mahu menjadi sahabat atau mahu mencintai si dia.. ok.. menjadi sahabat memang lah sangat2 di tuntut dalam islam.. Sedangkan Rasulullah dahulu mempunyai ramai sahabat… Tapi cinta?.. macam mana nak pilih?..
Ok, CJ paham sahabat lagi paham akan diri kan kadang2?… dia tau ape yang kita tau, die yang menggembirakan diri kita.. tapi pernah tidak kita terfikir sampai bile sahabat kita akan bersama dengan kita?.. Cinta terhadap seseorang?.. adalah sehingga kita mati..
Betul.. kadang2 ada juga yang bertemu jodohnya dari sahabat kerana pertalian persahabatan yang kuat sukar untuk dilepaskan.. tapi ada juga kadang kala yang memilih cinta kerana dia percaya cinta dapat menyayangi dia sehingga akhir nyawa..
konklusinya… di dalam persahabatan jika ada kasih sayang maka akan datangnya cinta.. dan jika cinta yang kita pilih.. maka kita akan dapat kasih sayang sehingga ke akhirnya… jika kita memilih sahabat tanpa adanya cinta.. maka adakah kita akan dapat kasih sayang tersebut?..
Menjadi sahabat kepada si dia memang lah boleh, tapi adakah kita dapat cinta itu?… adalah lebih baik kita memilih cinta kerana cinta akan kekal selamanya.
lagipun.. sahabat kita akan jumpa cinta ia juga kan?.. hehe

Jangan takut dalam mengambil risiko untuk memilih seseorang.. kadang kala sukar untuk kita nak terima orang lain, tapi tahukah anda, perkara yang paling sukar kita nak dapat itu, perkara itu yang paling kita hargai.. jika kita sukar nak menyayangi sesorang dan tatkala perasaan itu timbul.. kita akan hargai sangat2 kerana khuatir ia akan hilang..
Jangan terlampau ikut kan perasaan ragu2 anda terhadap seseorang.. kerana siapa yang mengikut perasaan ragu2 mesti die akan tersesat.. sebagai contoh: jika anda menyukai seseorang tapi tiba2 datangnya seseorang yang lain dan anda ragu2 mana satu yang anda akan pilih.. ragu itu datang dari orang yang kedua dan kita nak pilih yang mana satu?… adakah ragu2 kita atau yang berada di depan kita..
Kadang pernah tak kita terfikir kenapa kita tak dapat orang yang kita nak?.. sebab nya ialah manusia kadang kala tak nampak apa yang ada di depan tapi hanya nampak di belakang.. sebenarnya orang yang kita nak itu dah ade kat depan kita, tapi kita yang buat tak tau dan pilih yang berada di belakang..
Jangan takut wahai wanita, jika lelaki menunjukkan kesungguhan dalam sesuatu perkara dia akan bersungguh2.. 

Selain itu pada kaum lelaki peliharalah kaca wanita anda dan jadikanlah wanita anda sebuah wanita yang sentiasa di dalam kaca.. 
